Cara Orang Malas Buat Duit Dengan Bisnes Kosmetik


FAKTA: Pompuan dan mekap berpisah tiada. Setuju? Hehe..

Okeh..untuk entri kali ni, saya nak share lubuk power khas untuk anda yang minat nak buat duit dengan bisnes kosmetik (mekap, perfume semua ada) tapi malas nak keluar modal, malas nak simpan stok dan jugak malas nak berenti keje :D

Melalui lubuk ni, anda boleh buat keuntungan sekurang-kurangnya 5% daripada harga satu-satu produk (kalau bermula tanpa modal) dan boleh up sampai 30% kalau sanggup melabur untuk keluarkan sedikit modal (tapi lagi sekali, keluar modal tak wajib ye).

Lain daripada tu, anda tentu nak tahu tentang satu jenama perfume yang dikeluarkan oleh kilang yang sama yang hasilkan perfume terkenal seperti L’Oreal, Versace, Gucci, dan Chanel. Kualiti plak lebih kurang sebijik sama tapi harganya, mak aii..berkali-kali ganda jauh lebih murah. Nak tahu kenapa?

Sebabnya perfume ni langsung tak menggunakan khidmat selebriti sebagai duta produk, tak iklankan di majalah, billboard, TV dan jugak radio..tu yang bleh bagi harga murah tuh :)

Cara nak start bisnes ni pun tak susah..sorang-sorang duk kat umah pun boleh buat. Sambil blogging, dodoi anak, masak nasik..sambil promote kat akak sebelah umah, promote kat member-member satu opis ke.. :)

Tapi kalau rasa macam blur tak tahu nak promote camne..pun tak perlu risau. Sebabnya, di samping bekalkan produk, bos besar lubuk ni iaitu Puan Suhaireen Jamalludin atau lebih glamer dan mesra dengan panggilan Kak Sue, jugak akan guide sekali cara-cara nak promote online.

Jadi, sekarang macam mana? Dah ready dah nak tahu lubuk hot ni? Dah tak sabar-sabar dah nak jadi tokey kosmetik? Kalau ya, jom download panduan percuma daripada Kak Sue ni..dalam tu nanti beliau akan cerita lagi panjang lebar --► http://bit.ly/tokeykosmetik

p/s: panduan percuma ni bukan untuk selama-lamanya ye..silap-silap gaya, cukup masanya nanti mungkin Kak Sue kita ni akan caj RM89 untuk sekali download. Jom download cepat-cepat sementara masih free --► http://bit.ly/tokeykosmetik

Related Posts:

Contoh Iklan Menggunakan Teknik AIDA



Teknik AIDA ni adalah salah satu teknik dalam pemasaran produk/servis. Tujuannya ialah untuk menyusun bahan promosi yang kita gunakan dan jugak untuk 'mengumpan' atau menarik respons daripada orang yang sedang membaca/melihat iklan kita. Perasan tak, kalau kita tengok iklan promosi kat group-group iklan di Facebook, iklannya macam sunyi-sepi je. Langsung takde sape yang nak like atau komen. Haaa..dengan teknik AIDA ni, kita cuba untuk elakkan perkara yang sama daripada berlaku terhadap iklan promosi kita.

AIDA tu apa?

A - Attention
I - Interest
D - Desire
A - Action

Attention:
Bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan atau bakal pelanggan kita dengan segera. Biasanya kita gunakan headline atau grafik yang cepat menarik perhatian.

Interest:
Bertujuan menimbulkan minat terhadap perkara yang kita promosikan. Di sini kita boleh ceritakan tentang kelebihan produk dan ciri-cirinya.


Desire:
Bertujuan untuk menguatkan minat hingga rasa ingin memiliki. Kita boleh gunakan testimoni kes sebenar ataupun video yang menunjukkan betapa mudahnya bagi pelanggan untuk mengendalikan produk

Action:
Arahan yang kita mahu prospek/bakal pelanggan kita buat apabila minat mereka telah mendalam.

Contoh iklan:



[Attention]
★★★PROMOSI MANTOP SEMPENA AIDILADHA★★★

[Interest]
Bagi setiap pelaburan untuk saham akhirat yang anda buat bagi mendapatkan Pakej Aidiladha ni, anda akan menerima satu set Pen Al-Quran Digital MyQalam termasuk bonus hadiah istimewa iaitu SEJADAH KOMPAS, KAMUS MELAYU-ARAB, PANDUAN HAJI & UMRAH dan juga BEG KULIT.

Anda merupakan di antara insan yang bertuah jika mendapatkan pakej promosi ni kerana bonus hadiah istimewa yang kami tawarkan, contohnya sejadah kompas, boleh dikatakan agak 'rare' dan agak sukar diperolehi di luar sana.

Panduan Haji & Umrah pula boleh dikatakan antara yang paling mesra pengguna yang terdapat di pasaran dan paling mudah untuk digunakan.

Anda cuma perlu 'sentuh' pen digital pada panduan tersebut, dan pen ini akan membantu anda dengan memperdengarkan bacaan yang betul untuk niat, lafaz Talbiyah, doa semasa Tawaf dan sebagainya.

Begitu juga dengan Kamus Melayu-Arab yang didatangkan dengan fungsi yang sama. Cuma 'sentuh' pen pada kamus dan dengarkan sebutan yang betul dalam bahasa Arab bagi setiap ucapan seperti ucapan tahniah, bertanyakan arah dan banyak lagi.


 Juga tidak ketinggalan, beg kulit untuk mengisi set MyQalam ni. Beg kulit ni, jika anda pilih untuk beli secara berasingan, dijual pada harga pasaran di antara RM30-RM40.

[Desire]


[Action]
Jadi, rasa-rasanya apa kata anda? Berminat dengan promosi eksklusif kami ni? Jika betul berminat, boleh klik di sini sekarang untuk dapatkannya, sebelum anda terlepas tawaran ni buat selama-lamanya --► http://bit.ly/qalamdigital :)

sumber: Muslimcube

Related Posts:

Waktu Paling Ramai Orang Buka Facebook


Kali ni saya cuba untuk kongsikan waktu paling ramai orang buka Facebook. Hasil kajian tak rasmi ni saya copy & paste daripada usahawan-usahawan Facebook yang dah lama berniaga di FB. Penting jugak sebenarnya untuk kita tahu waktu-waktu puncak nih, nak-nak lagi bagi seorang usahawan di Facebook. Maklum sajalah, Facebook ni berkonsepkan "Live Updating". Update status promosi pukul 3 pagi, dah semestinya orang yang buka Facebook jam 9 pagi takkan nampak status kita..sebabnya post dah jauh tenggelam kat newsfeed. Bila tak ramai yang lihat, maknanya kuranglah prospek. Bila prospek kurang, otomatik peluang nak buat sale pun tak berapa nak cerah, ye tak? :)

Berikut adalah waktu buka Facebook yang paling sesuai kalau kita nak promote apa-apa produk atau servis (copy & paste ye):

Selepas subuh (6am – 7am):

Waktu sebegini, bagus untuk mempromosikan branding anda. Sebab orang baru bangun tido, baru celik mata, baru mandi, masih segar, minda masih fresh. Jadi post yang sesuai untuk bina branding? Bagilah tazkirah pagi, kata-kata motivasi, tips menceriakan hari, pastu letak ‘link website’ anda ke, link ‘fanpage ke’ dan sebagainya. Post promosi produk kesihatan pun bagus sebabnya orang baru bangun tidur, ada yang baru sarapan pagi dan ada dah pasang niat malam sebelumnya untuk kuruskan badan.


Selepas minum pagi (8am – 10am):

Yang masuk kerja pagi, ada yang pegi minum kopi dulu, ada yang santai2 check smartphone dorang, (tak terfikir ke apasal ada yang update status mcm 24hrs di Facebook? Sebab dorang browse dari smartphone ler). Masa ni memang sesuai untuk terus bina branding perniagaan anda. Kalau ada ‘testimoni’ dari pelanggan, boleh post sekali masa waktu ni.


Waktu makan tengah hari (12pm – 2pm):

Lunch time, apa lagi, facebook lah. Standard la tu. Tgh makan mmg tak check. Tapi lepas makan? Ha, smartphone kluar lagi, ada yang guna tablet, login facebook, update status, gambar ikan goreng la, sambal belacan la, kari ayam la, dan masa ni juga kalau kita mula nak post PROMOSI produk kita sangat sesuai. Sertakan juga testimoni pembeli kalau ada. Gambar memainkan peranan penting jadi kalau ada gambar yang boleh terujakan lagi seseorang tu, post le.


Selepas minum petang (4pm – 6pm):

Ni pulak, ada yang da mula masuk mood shopping. Yang wanita, dah mula buka balik post-post yang menarik perhatian mereka masa WAKTU LUNCH tadi. Sama juga dengan lelaki. Tetapi, mereka masih belum nak beli. Yang beli tu memang da sedia ‘ready cash’ dalam akaun dan ada masa untuk buat internet banking dan sebagainya. Tapi lazimnya, seseorang tu akan memikirkan dulu tentang produk tu. Dia akan gambarkan produk tu dalam minda dia dalam perjalanan balik dari ofis. Jadi masa ni, boleh post promosi seperti “Terhad, hanya untuk 5 pelanggan pertama sahaja, harga sekian2. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi sekian-sekian”.


Selepas makan malam & Isyak (9pm – 12midnight):

Inilah waktu HOT. Tapi jangan sampai buat promosi seperti tiada hari esok. Islam menggalakkan kita untuk menuju ke arah kesederhanaan. Jadi buat promosi pun sederhana sahaja. Gunakan ayat-ayat soft selling untuk menarik perhatian. Gunakan ayat-ayat yang dapat memberikan impak emosi kepada bakal pembeli. Dan masa ni jugalah anda MESTI online kalau anda buat promosi. Kerana kalau pembeli tu dah memang bersedia nak beli, tapi anda pulak tak online, dan ada tawaran lagi satu dari peniaga lain, mereka akan beli dari orang tu pula.

So, simple tapi tak semudah itu nak mendapatkan jualan ya. Ini cuma pencerahan sahaja. Panduan. Boleh cuba kalau nak, kalau tak nak pun takpe. Hehe. Dan ini adalah hasil dari pengalaman buat promosi di Facebook secara percuma. Respons yang kita dapat dari pembeli dan trend membeli secara online pada waktu apa.


kredit foto: bubblews.com

Related Posts: